-
Pihak kami SLESSA.com [dimiliki oleh syarikat The Palazzo Expert (RA0034224-M)] akan berusaha poskan seberapa segera semua order customer dalam masa 1 ke 3 hari bekerja. Sabtu, Ahad, & cuti umum, tiada pengeposan.
-
Pihak kami akan bertanggungjwab penuh sekiranya produk yang dihantar adalah rosak / salah warna / salah saiz (berbeza dari saiz yang Anda tempah). Produk yang salah warna / saiz itu Anda boleh pulangkan semula (kos akan ditanggung kami) dan haruslah dalam keadaan BELUM DIPAKAI, BELUM DIBASUH, TIDAK DIUBAHSUAI dan TIDAK DISETERIKA.
-
Untuk produk yg rosak pula, bagi makluman Anda, mulai 15/02/2019, setiap produk yang Anda beli melalui website www.slessa.com ini, by default, mempunyai 3-Months Warranty [kecuali dimaklumkan “Not Valid for 3-Months-Warranty” pada description produk tertentu]
-
Jadi ini bermaksud, jika berlaku apa-apa kerosakan kepada produk yang dibeli dalam tempoh masa 3 bulan dari tarikh pembelian, sila maklumkan kami & tunjukkan resit / kad warranty 3 bulan Anda. Kami akan poskan produk yang baru.
-
Selain itu, kami juga beri kelonggaran yang mana Anda boleh menukar semula jika Anda tersalah pilih saiz. Segala urusan berkenaan penukaran item yang telah dibeli, haruslah dibuat dengan emelkan ke [email protected] dengan menyatakan order ID pembelian Anda.
-
Namun begitu, untuk menjamin keselesaan & kemudahan Anda, sila rujuk ukuran saiz terperinci yang dipaparkan untuk setiap produk sebelum membeli agar memudahkan urusan Anda tak perlu lagi tukar ke item yang saiznya lebih bersesuaian.
-
Kami juga sarankan Anda masukkan info yang diminta di check-out form, supaya kami juga boleh bantu pastikan Anda sesuai atau tidak memakai produk yang ditempah. Jika tidak sesuai, kami akan hubungi untuk proses penukaran saiz / produk / refund duit Anda (jika tiada saiz bersesuaian).
-
Segala gambar yang telah disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk membantu anda untuk melihat contoh produk yang dijual. Pihak kami sedaya upaya memastikan gambar yang dipaparkan adalah bertepatan dengan warna sebenar namun atas sebab teknikal yang diluar kawalan kami seperti resolusi monitor/skrin yang berbeza , penataan cahaya dan sebagainya maka produk sebenar mungkin berbeza sedikit dengan gambar yang dipaparka [kecualin.
Disclaimer: Segala testimoni pelanggan yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar pelanggan kami. Hasil atau pengalaman setiap pengguna mungkin berbeza, jadi kami sarankan setiap pembeli double-check ukuran masing-masing agar tidak melebihi ukuran maksimum seperti diberi. Kami tidak menjanjikan jaminan keSLESSAan seratus-peratus tetapi jika kena dengan ukuran, pengguna pasti merasai keselesaan sebenar & mendapat impak positif apabila memakai produk pakaian dari SLESSA.com.